10 Penyerang Terbaik Pernah Liverpool Miliki Era Premier League

Liverpool dianggap sebagai salah sebuah kelab terbesar di England pernah menampilkan antara penyerang-penyerang terbaik dunia sepanjang era Premier League.

Tetapi siapakah yang terbaik di kalangan mereka? BBC Sports menamakan 10 penyerang terbaik Liverpool sejak Premier League diperkenalkan pada 1992 sehingga kini.

Robbie Fowler (1993-2001, 2006-07)

Sumber: Telegram UK

Tidak ada pemain Liverpool lain pernah menghasilkan jaringans sebanyak Robbie Fowler di Premier League, selain Stevan Gerrard. Malangnya Gerrard berada di dalam kategori pemain tengah.

Diberikan nama gelaran ‘God’ oleh penyokong Liverpool, Fowler adalah seorang penyerang yang memiliki penyudah semulajadi. Di dalam senarai penjaring The Reds, Fowler berada di kedudukan keenam di dalam senarai penjaring terbanyak dalam semua pertandinan.

Fowler munkin mampu menghasilkan lebi banyak jarinan jika tidak kerana kecederaan serius yang dialaminya pada usia 22 tahun. Sebelum kecederaan tersebut, Fowler telah pun merekodkan 83 gol dari 128 penampilan liga.

Secara keseluruhan, Fowler menjaringkan 128 gol daripada 266 penampilan di Premier League untuk Liverpool.

Michael Owen (1996-2004)

Seorang lagi pemain senasib Fowler ialah Michael Owen. Pemain ini juga berkemampuan menghasilkan lebih banyak jaringan sekiranya tidak kerana kecederaan yang dialaminya.

Sehingga kini Owen masih kekal sebagai satu-satunya pemain dari Liverpool yang pernah memenangi Ballon d’Or – pada 2001. Ia adalah musim di mana Liverpool menjulang lima trofi (termasuk dua kejuaraan minor).

Dianggap sebagai pemain yang memiliki kepantasan dan penyudah berbisa, hanya Owen dan Gerrard menjaringkan lebih banyak gol dari Owen untuk Liverpool – walaupun berhijrah ke Real Madrid pada usia 24 tahun.

Hubungan beliau bersama penyokong Liverpool bertukar menjadi masam apabila beliau menyertai Manchester United dan menjuarai Premier League bersama seteru utama Liverpool itu.

Mohamed Salah (2017- sehingga kini)

David James
(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

102 gol dari 153 perlawanan Premier League, Salah turut menghasilkan 37 assist untuk kelabnya. Secara purata, Salah menjaringkan satu gol untuk setiap 126 minit aksi di dalam padang untuk The Reds. Ratio ini memberikan dua anugerah kasut emas kepada Salah setakat ini.

Disebabkan itu ketibaan Salah dari Roma pada musim 2017-18 dianggap sebagai antara pembelian paling memberi kesan di dalam sejarah Premier League.

Pada ketika itu, Liverpool tidak menjuarai sebarang trofi selama lima musim, dan baru sahaja melayakkan diri ke Champions League.

Dan sepanjang empat musim bersama Liverpool, kelab itu tela menjuarai satu kejuaraan Champions League, dan meraih kejuaraan Premier League pertama – kejuaraan liga pertama di dalam tempoh 30 tahun.

Sadio Mane (2016- sehingga kini)

Sadio_Mane_AP_Photo-liverpool
FOTO: AP

Mane menyertai Liverpool semusim lebih awal dari Salah, dan melalui kejayaan yang sama dengan rakan sepasukannya. Malah Mane turut berkongsi anugerah kasut emas musim 2018-19 bersama Sala dan Pierre-Emerick Aubameyan.

Berusia dua bulan lebih tua dari Salah, Mane berada di belakang dari jumlah gol, assist, dan ratio jaringan.

Luis Suarez (2011-14)

Suarez kekal dianggap antara penyerang terhebat pernah Liverpool miliki

Penyerang Uruguay Luis Suarez menjadi pemain paling popular di kalangan penyokong The Reds sepanjang 3 musim setengah di Merseyside.

Suarez juga memenangi anugerah kasut emas pada musim 2013-14 dengan 31 gol dan Liverpool begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan pada ketika itu.

Malang sekali, Piala Liga yang dimenangi pada 2012 menjadi satu-satunya trofi pernah dimenangi oleh Suarez bersama Liverpool.

Beliau kemudiannya menyertai Barcelona di mana beliau mengecapi lebih banyak kejuaraan – lima gelaran La Liga, dan satu kejuaraan Champions League.

Suarez juga mencipta rekod sebagai penjaring ketiga terbanyak di dalam sejarah kelab Catalan itu.

Roberto Firmino (2015- sehingga kini)

Firmino
(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Roberto Firmino adalah salah seorang anggota yang membentuk trio ikonik dan paling digeruni mana-mana pemain pertahanan bersama Mane dan Salah.

Di dalam sistem tersebut, Firmino adalah seorang penyerang tengah tetapi hanya merekodkan purata satu gol daripada 225 minit perlawanan yang dilalui.

Merupakan antara False 9 terbaik dunia, Firmino sebenarnya lebih dihargai kerana kebijaksanaan beliau di dalam padang – membantu Salah dan Mane memusnahkan bahagian pertahanan lawan.

Fernando Torres (2007-2011)

(Photo by John Walton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Torres memiliki ratio jaringan per minit perlawanan terbaik di kalangan pemain penyerang yang berada di dalam senarai ini. Ini kerana beliau beraksi dalam jumla perlawanan paling sedikit berbanding mereka yang lain.

Malah Torres sebenarnya beraksi lebih kerap untuk Chelsea berbanding Liverpool selepas perpindahan bernilai £50 juta ke Stamford Bridge.

Namun demikian, Torres menjaringkan lebih sedikit gol untuk The Blues walaupun membantu kelab London itu menjuarai Champions League, Europa Leaue, dan Piala FA.

Dirk Kuyt (2006-2012)

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Pemain Belanda Dirk Kuyt terkenal denan work-rate luar biasa yang ditampilkan bersama Liverpool. Beliau tampil dalam lebih 30 perlawanan setiap musim, namun tidak pernah menjaringkan lebih 13 gol semusim.

Satu-Satunya trofi yang dimenangi Kuyt bersama Liverpool ialah Piala Liga pada musim terakhirnya di Anfield.

Daniel Sturridge (2013-2019)

. (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images).

Bekas penyerang England, Sturridge menjaringkan 50 gol Premier League untuk The Reds. Kebanyakkan gol dihasilkan pada peringkat awal pembabitan beliau bersama kelab Meseryside itu.

Musim pertama bersama Liverpool, Sturridge menjaringkan 31 gol sepanjang semusim setengah, dan menamatkan musim sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang Suarez.

Kedua-duanya berjaya membentuk kombinasi mantap di bahagian serangan untuk Liverpool dan hampir membantu pasukan itu muncul juara liga.

Malang sekali kecederaan mulai menghantui karier Sturridge selepas itu, dan beliau tidak pernah menjadi pemain yang sama selepas itu.

Ian Rush (1992-1996)

Mandatory Credit: Clive Brunskill/ALLSPORT

Ian Rush adalah penjaring terbanyak Liverpool sepanjan zaman, mencetak 346 gol dari 229 perlawanan liga.

Namun demikian, Rush sudah pun berusia 32 tahun pada ketika Premier League diperkenalkan pada 1992. Kebanyakkan daripada jaringan yang dihasilkan oleh Rush adalah sebelum itu.

Beliau masih mampu menghasilkan 45 gol pada era Premier League selama empat musim sebelum berpindah menyertai Leeds.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN