10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

Martin Odegaard EPL Scandinavia

Pemain-pemain dari negara Scandinavia seperti Denmark, Norway dan Sweden telah pun memeriahkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak sekian lama.

Martin Odegaard yang mempamerkan aksi positif sejak menyertai Arsenal secara pinjaman menjadi pemain terbaharu dari wilayah utara Eropah tersebut yang berpeluang untuk mencipta nama dalam kancah bola sepak England.

Berikut adalah 10 pemain EPL terbaik dari negara Scandinavia yang menjadi pilihan Semuanya BOLA berdasarkan impak yang dijelmakan serta koleksi kejuaraan yang dimenangi oleh mereka:

10. Zlatan Ibrahimovic

Walaupun kariernya di England hanya dalam tempoh yang agak singkat, namun tidak adil rasanya untuk mengetepikan penyerang veteren Sweden ini dari senarai selepas kejayaannya menjulang Liga Europa, Piala EFL dan Perisai Komuniti sewaktu beraksi untuk Manchester United.

Ibrahimovic telah merekodkan 29 gol serta 10 bantuan jaringan dalam 53 perlawanan. Jika tidak kerana kecederaan serius ligamen anterior cruciate (ACL) yang dialaminya, sudah tentu beliau mampu meraih pencapaian yang jauh lebih baik.

9. Andreas Christensen

Pemain Denmark ini menyertai Chelsea dari akademi Brondby dan kemudian mencipta nama ketika dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach selama dua musim.

Selepas kembali ke skuad utama Chelsea, beliau berdepan dengan prestasi turun naik, namun masih berhasil mengumpul tiga kejuaraan iaitu Liga Europa (UEL), Piala FA dan Piala EFL.

8. Morten Gamst Pedersen

Agak mustahil peminat EPL tidak mengenali nama pemain sayap Norway ini. Pederson pernah mencipta sensasi sepanjang 10 tahun beraksi untuk Blackburn Rovers dengan aksi lincahnya di atas padang.

Pemain yang direkrut oleh Graeme Souness ini telah menjaringkan 44 gol dan menyumbang 64 bantuan jaringan dalam 343 perlawanan.

7. Thomas Gravesen

Legenda Everton, Tony Hibbert pernah berkata bahawa pemain paling berbakat yang pernah beraksi di sampingnya bukanlah Wayne Rooney, tetapi sebaliknya adalah Thomas Gravesen yang mempunyai kemahiran teknikal dan hantaran yang berkelas dunia.

Apa lagi bukti untuk membenarkan kenyataan tersebut melainkan penghijrahannya ke Real Madrid selepas hampir lima tahun menggegar EPL dengan aksi dan karekter ‘liar’ bersama Everton.

Beliau juga merupakan anggota skuad kendalian David Moyes yang membuat kejutan menamatkan sainga liga di kedudukan keempat pada musim 2004/05.

6. Christian Eriksen

Pemain dari Denmark ini merupakan produk akademi Ajax dan disambar Tottenham Hotspur pada 2013 dengan harga sekitar Β£11 juta. Namun impak yang dijelmakan di London pastinya jauh lebih berharga daripada nilai yang dibayar untuk mendapatkankannya.

Secara teknikalnya, pemain ini merupakan pemain ‘nombor 10’ terbaik dari negara Scandinavia yang beraksi di EPL. 69 gol dan 89 bantuan jaringan dari 305 penampilan telah pun membuktikan kenyataan tersebut.

Mungkin kerana kecewa gagal meraih sebarang kejuaraan sepanjang hampir tujuh tahun di Spurs, termasuk tewas kepada Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), beliau akhirnya memilih untuk mengangkat kaki dan berhijrah ke Inter Milan pada Januari 202o.

5. Kasper Shcmeichel

Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Adakah kejayaan anak kepada Peter Schmeichel ini meraih kejuaraan EPL bersama Leicester City selaku pasukan ‘underdog’ tidak cukup untuk meletakkan penjaga gol Denmark ini dalam senarai?

Kegagalannya mendapat tempat di Manchester City mungkin menjadi hikmah untuk beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu di Stadium King Power untuk tempoh 10 tahun ini.

4. John Arne Riise

Peminat EPL mana yang boleh melupakan rembatan kencang hasil kekuatan kaki kiri yang dimiliki pemain bek kiri Liverpool ini?

Pemain Norway ini menyertai Liverpool dari Monaco pada 2001 pada membuat impak seawal penampilan pertamanya dengan menjaringkan gol untuk menewaskan Bayern Munich dalam saingan Piala Super UEFA.

Kejayaannya menjulang kejuaraan UCL, Piala FA dan Piala EFL meletakkan sebaris dengan legenda-legenda Liverpool yang lain.Β Gol menerusi sepakan percumanya ketika menentang Manchester United merupakan salah satu gol terbaik dalam sejarah EPL.

https://twitter.com/FootballRemind/status/1350836581066809345?s=20

3. Freddie Ljungberg

Pemain ini pastinya dikenang sebagai salah satu pembelian terbaik Arsene Wenger yang dibawa masuk dari Halmstad pada 1998 dengan harga Β£3m.

Meskipun harga itu dianggap tinggi untuk seorang pemain berusia 21 tahun, pelaburan tersebut ternyata berbaloi dengan kejayaan yang diraih sepanjang sembilan tahun pemain antarabangsa Sweden itu di London.

Musim 2001/02 merupakan musim terbaiknya dengan menjaringkan 17 gol untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan EPL dan Piala FA. Gandingannya bersama Robert Pires di bahagian sayap merupakan mimpi ngeri buat pertahanan mana-mana pasukan.

2. Ole Gunnar Solskjaer

Jauh sebelum muncul nama Erling Haaland selaku penyerang berbisa ketika ini, Solskjaer telah pun meletakkan dirinya selaku penyerang dari Norway terbaik di Eropah dengan rekod-rekod kejuaraan yang dikumpulnya sepanjang 11 tahun di Manchester United.

Beliau tiba dari Molde dengan yuran perpindahan hanya sekitar Β£1.5 juta sahaja dan kemudian muncul selaku penjaring terbanyak United pada musim pertamanya. Secara keseluruhannya, beliau telah menjaringkan 126 dalam 365 penampilan untuk The Red Devils.

Solskjaer pernah menjaringkan empat gol ketika menentang Nottingham Forest sebagai pemain gantian pada 1999 dan kemudiannya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir UCL dalam musim yang sama.

Jika tidak kerana siri kecederaan yang membelengguinya, tentunya pemain ini mampu mencatat rekod yang lebih baik sebelum mengambil keputusan untuk menggantung but pada 2005.

1. Peter Schmeichel

Selepas Peter Schmeichel meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim 1998/99, Manchester United memerlukan enam tahun dan enam penjaga gol yang berbeza untuk mencari penjaga gol yang mampu menggantikan tempatnya.

Mark Bosnich, Massimo Taibi, Fabien Barthez, Tim Howard dan Roy Carroll semuanya ‘tidak kena’ di mata Sir Alex Ferguson sehinggalah Edwin van der Sar tiba pada 2005.

Penjaga gol Denmark tersebut dibeli dari Brondby dengan nilai hanya Β£505,000 pada 1991 dan beraksi 310 perlawanan EPL dengan merekodkan 129 perlawanan tanpa bolos.

Merupakan kapten United ketika menjulang kejuaraan treble termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL), inilah sebabnya beliau diiktiraf sebagai pemain dari negara Scandinavia paling berjaya dalam sejarah EPL.

Penutup

Mungkin ada beberapa nama pemain lain yang berada di fikiran anda seperti Daniel Agger, Olof Melberg, Anders Svensson, Brede Hangeland, Sebastian Larsson, John Carew, Thomas Sorensen, Jesper Gronkjaer, Nicklas Bendtner dan ramai lagi.

Selain Odegaard, Ada beberapa pemain lain dari tiga negara Scandinavian ini yang masih aktif bermain di EPL seperti Victor Lindelof, Pierre-Emile Hojbjerg, Joshua King, Jannik Vertergaard, Sander Berge dan Robin Olsen.

Mampukah mereka mencatat nama seperti 10 pemain di atas?

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Rekod Arteta Dalam 50 Perlawanan Pertama Arsenal Jauh Lebih Teruk Dari Emery

Eddie Howe Calon Terbaik Kembalikan Kegemilangan Celtic Di Eropah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasΒ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN