10 Pemain Projek Remaja Berbakat Manchester United, Termasuk Amad Diallo Yang Baharu Tiba

Pemain Bakat Muda Manchester United Amad Diallo

Manchester United meneruskan polisi mengumpul pemain remaja berbakat dari seluruh dunia dengan memuktamadkan usaha mendapatkan Amad Diallo dari kelab Serie A Atalanta dengan yuran perpindahan sekitar £18.2 juta.

Sekalipun rundingan tersebut dipersetujui pada Oktober lalu, namun perpindahan pemain berusia 18 tahun itu tertangguh kerana isu permit ekoran peraturan baharu melibatkan Brexit.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut telah pun memantau perkembangan pemain kelahiran Ivory Coast itu sejak tiga tahun lalu selepas menyertai akademi Atalanta pada 2015.

Selain Diallo, berikut adalah sembilan pemain  remaja berbakat yang telah dibawa masuk ke Old Trafford oleh skuad pemantau bakat dan barisan kejurulatihan United.

Alvaro Fernandez

Memiliki ‘muka jambu’ dan berambut panjang, beliau merupakan produk akademi Real Madrid sebelum menyertai Manchester United untuk musim 2020/21 secara percuma selepas menolak untuk menyambung kontrak dengan kelab La Liga berkenaan.

Pemain kelahiran Sepanyol berusia 17 tahun ini beraksi di posisi pertahanan kiri dan mengidolakn Marcelo. Kualiti dan kemahiran teknikalnya di bahagian pertahanan telah menarik minat Ole Gunnar Solskjaer untuk merekrutnya.

Isak Hansen-Aaoren

Manchester United  mendapatkan Isak Hansen-Aaroen yang dari kelab liga divisyen 1 Norway, Tromso IL pada Ogos tahun lalu sebaik sahaja usianya mencecah 16 tahun.

Beraksi di posisi penyerang, beliau membuat debut bersama skuad utama ketika berusia 15 tahun dan 319 hari untuk menjadi pemain paling muda untuk beraksi bersama Tromso pada Julai 2020.

https://twitter.com/NORftbl/status/1307452594160381952?s=20

Hansen-Aaoren sebelum ini pernah menjalani sesi percubaan dengan Liverpool dan Everton, tetapi beliau akhirnya terpilih untuk menyertai akademi Manchester United bagi meneruskan pembangunan bakatnya.

Kejayaan mendapatkan pemain muda Norway tersebut mungkin sedikit sebanyak dapat mengubati kegagalan Solskjaer mendapatkan bekas ‘anak didiknya’, Erling Haaland yang berhijrah ke Borussia Dortmund pada tahun lepas.

Alejandro Garnacho

Pemain berusia 16 tahun ini ditandatangani daripada akademi Atletico Madrid pada Oktober tahun lalu. Garnacho pernah dicanang sebagai ‘mesin gol’ oleh media Sepanyol dan dikatakan prospek masa hadapan untuk skuad La Roja.

Ketika ini beliau telah pun beberapa kali disenaraikan dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) United di bawah kendalian Neil Wood yang jelas menunjukkan kematangan yang dimiliki olehnya.

Kemahiran individu Garnacho menjadikan beliau mampu beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan. Namun posisi kegemarannya adalah sayap kiri yang membolehkan beliau membuat gerakan dan percubaan menggunakan kaki kanannya.

Willy Kambwala

Bakat muda Perancis berusia 16 tahun ini ditandatangani pada Oktober lalu dari kelab Ligue 2 Sochoaux dengan nilai sekitar £3.5 juta. Beliau merupakan kapten untuk skuad B-17 Perancis.

Beraksi di posisi pertahanan tengah, Kambwala telah mencuri perhatian dengan memiliki tahay keyakinan yang tinggi degan memanfaatakan kepantasan, kawalan bola serta hantaran yang baik ketika beraksi di atas padang.

Maka Solskjaer melihat pemain muda ini sebagai pemain pertahanan moden yang boleh dibentuk untuk perancangan jangka panjang kelab bagi menggantikan Harry Maguire pada masa hadapan.

Joe Hugill

Enam gol hanya dalam empat penampilan bersama skuad B-18 United, rekod jaringan tersebut telah membuktikan kualiti dan keupayaan yang dimiliki oleh pemain muda berusia 17 tahun ini.

Dengan hanya melaburkan £300,000 bagi menandatanganinya dari Sunderland, United berjaya mendapatkan pemain yang turut direbut oleh beberapa kelab EPL yang lain seperti Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Kemampuan Hugill untuk menyesaikan diri dengan baik membolehkan beliau disenaraikan bersama skuad B-23 dan hanya memerlukan dua minit untuk mencetak gol ketika berdepan Blackburn Rovers.

Radek Vitek

Penjaga gol kelahiran Republik Czech ini mempunyai ketinggian 1.98 meter dan usianya baru 17 tahun. Ditandatangani dari kelab Czech Sigma Olomouc, beliau merupakan anggota skuad B-17 negaranya.

Dengan kematangannya, beliau pernah beraksi untuk skuad B-19 Olomouc ketika berusia 14 tahun dan terus menyerlah setiap kali diturunkan dalam perlawanan bersama pasukan di setiap peringkat umur.

Perkara yang membuatkan pemantau bakat United tertarik dengannya adalah kepintarannya untuk mencipta jaringan dengan teknik hantaran jauh yang tepat.

Hanninal Mejbri

Pemain berimej ‘rambut kembang’ ini ditandatangani dari AS Monaco pada 2019 dengan harga sekitar £4.2 juta dan boleh meningkat sehingga £8.4 juta bergantung kepada pencapaian dan prestasinya walaupun usianya pada waktu itu hanya 16 tahun.

Kini Mejbri merupakan pemain penting untuk skuad B-23 United dan sering diturunkan dalam kesebelasan utama kerana memiliki kemampuan untuk mencipta jaringan dan menjaringkan gol.

https://twitter.com/Futbol_Jack/status/1301564526438027270?s=20

Beliau hampir disenaraikan ke skuad utama pada musim ini, namun kehadiran Donny van de Beek membuatkan beliau perlu bersabar sebelum dapat membuat penampilan senior pertamanya.

Kreativitinya di bahagian tengah membolehkan beliau dipanggil untuk membuat tiga penampilan bersama skuad B-17 Perancis dan merekodkan tiga bantuan jaringan.

Marc Jurado

Pemain berusia 16 tahun ini dianggap sebagai prospek masa hadapan untuk Sepanyol dan pastinya United amat beruntung kerana berjaya mendapatkannya selepas beliau tidak menyambung kontraknya dengan Barcelona.

Jurado telah menyertai akademi Barcelona yang cukup terkenal iaitu La Masia ketika berusia tujuh tahun. Posisi utamanya adala pertahanan kanan, namun juga berupaya untuk beraksi dengan baik di bahagian sayap.

Shola Shoretire

Dalam senarai 10 pemain ini, Shoretire adalah satu-satunya produk asal akademi United dan bukan direkrut daripada mana-mana pasukan lain.

Perkembangan pesatnya di akademi membolehkan beliau beberapa kali disenaraikan bersama skuad B-23 United walaupun usianya masih 16 tahun dan telah menjaringkan dua gol serta menyumbang dua bantuan jaringan.

Neil Wood pernah memuji Shoretire yang begitu matang berbanding dengan usianya kerana boleh bermain di pelbagai posisi sama ada penyerang utama, sayap kiri dan kanan mahupun pemain tengah menyerang.

Dengan keupayaan yang dimiliki, pemain kelahiran Nigeria ini telah mula dibandingkan dengan Jadon Sancho. Jadi mungkin United tidak perlu berbelanja sehingga £100 juta dan sabar menanti kemunculan Shoretire bersama skuad utama satu hari nanti.

Penutup

Terdapat ramai lagi pemain-pemain muda berbakat yang telah direkrut dari beberapa kelab di seluruh dunia yang mungkin nama-nama mereka tidak dikenali oleh penyokong United.

Antaranya adalah Facundo Pellistri (Penarol), Arnau Puigmal (Espanyol), Aliou Traore (Paris Saint-Germain), Lukas Bejger (Lech Poznan), Logan Pye (Sunderland), Martoin Svidersky (Presov), Zidane Iqbal dan ramai lagi.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Bukan Haaland Atau Mbappe, Pemain Paling Mahal Adalah Rashford Dengan Nilai RM817.6 juta

Ole Gunnar Solskjaer: Saya Tak Kira Pun Berapa Penalti Liverpool Dapat

Ferdinand: Biarkan Pogba Pergi, Man Utd Perlu Dapatkan Jack Grealish

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN