10 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Pekerjaan Pelik Selepas Bersara

Lee Bowyer – Tauke Kolam Ikan

LeeBowyer

Bekas pemain Leeds United, Newcastle dan West Ham ini sedang mengurus perniagaan kolam memancing yang dinamakan ‘Etang de Bows’ di Perancis.

Ramon Vega – Pengurus Aset & Ekuiti

27A3367F00000578-3142442-image-m-29_1435521568326

Selepas bersara, bekas pertahanan Tottenham Hotspurs ini menubuhkan syarikat pengurusan aset dan ekuiti yang dinamakan Duet Group pada 2002. Pada 2006, Vega menubuhkan Matterhorn Capital Rosalp, sebuah syarikat hartanah di Switzerland.

Teemu Tainio – Pelakon Iklan

tainio_3391377a

Bekas pemain tengah Tottenham Hotspurs ini pernah muncul dalam iklan perjudian online di Finland pada 2013.

Roman Pavlyuchenko – Ahli Politik



Pavlyuchenko mengambil keputusan untuk mengambil jawatan di arena politik ketika masih mempunyai kontrak bersama Lokomotiv Moscow. Sehingga kini, beliau adalah Timbalan Pegawai Daerah di Stavropol, mewakili parti United Russia pimpinan Vladimir Putin.

Tim Wiese – Ahli Gusti WWE

JMaDsep

Hanya 4 tahun selepas menganggotai skuad Jerman yang menduduki tempat ke-3 dalam Piala Dunia 2010, Wiese beralih ke dunia gusti selepas diberi tawaran oleh WWE.

Gaizka Mendieta – DJ

290tPB4

“Ia sudah menjadi minat saya. Ketika di Valencia, saya selalu curi-curi masuk ke kelab selepas perlawanan untuk menjadi DJ kelab.”

Thomas Gravesen – Pemain Poker Profesional



Sejak bersara pada umur 32 tahun, Gravesen sudah mengumpul €100 juta daripada permainan poker dan telah berhijrah ke Las Vegas bersama teman wanitanya untuk bermain poker setiap hari.

Fabien Barthez – Pelumba Motorsport

article-2478811-190EA7F800000578-806_634x439

Selepas bersara, Barthez mengejar impiannya sejak dari zaman kanak-kanak dengan menceburi sukan lumba motorsport. Karier perlumbaannya boleh dikatakan berjaya apabila pasukannya berjaya menjuarai France GT Motorsport Series pada tahun 2013.

Frank Lebouef – Pelakon Filem

B_DZR3bW4AA_yWt

Pertahanan Chelsea ini merupakan salah seorang pelakon dalam filem biopic Stephen Hawking, The Theory of Everything, yang memainkan watak doktor yang memberitahu Hawking beliau tidak boleh berjalan lagi.

Bixente Lizarazu – Pakar Jiu Jitsu

lizarazu_jiu_jitsu

Bekas bek kiri skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998 ini merupakan juara Eropah dalam kategori tali pinggang biru kelas Senior 1 pada tahun 2009.

Berry van Aerle – Posmen

Aerle van Berry 101198-02

Bekas pemain PSV dan skuad kebangsaan Belanda era 80-an ini masih boleh dilihat bekerja sebagai posmen di pekan kecil di Eindhoven.

Socrates – Doktor

Socrates of Brazil

Selepas bersara pada tahun 1989, perancang Brazil ini menggunakan ijazah kedoktoran yang diperolehinya (ketika masih sedang bermain secara profesional) untuk bekerja sebagai doktor di bandar Ribeirao Preto.

Baca: 8 Jersi Bola Sepak Terpelik. No.4 Paling Kelakar!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN