10 Pemain Bola Sepak Dengan Rekod Larian Terpantas Dunia

Di dalam bola sepak moden, kepantasan adalah salah satu perkara yang perlu diberi penekanan selain daripada keupayaan teknikal.

Pep Guardiola di Manchester City misalnya, mempunyai peraturan di mana pemain harus segera melakukan tekanan dan merampas kembali bola di dalam tempoh 6 saat setiap kali kehilangan penguasaan.

Tanyakan kepada mana-mana pemain pertahanan di dunia. Mereka boleh sahaja melakukan persiapan sebanyak mungkin menjelang sesuatu perlawanan.

Mereka boleh menyaksikan sebanyak mungkin rakaman perlawanan untuk mendapatkan butiran corak dan arah larian pemain seperinci mungkin.

Namun jika lawan mereka memiliki kepantasan yang lebih baik, ia masih mustahil untuk seorang pemain pertahanan melakukan tugasnya dengan baik.

Jika pemain mempunyai kepantasan, ia akan membantu mereka untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi.

Adam Traore misalnya mempunyai kepantasan luar biasa yang menjadi kunci kepada prestasi baiknya pada musim ini.

Tetapi siapakah pemain terpantas pada musim ini? Tanpa melakukan pertandingan secara terus seperti 100 meter, sukar untuk menentukannya.

Tetapi laporan hasil kajian manual Le Figaro ini mungkin boleh membantu:

10 | Nacho Fernandez – 34.62 km/h

Pemain berusia 30 tahun ini telah bersama Real Madrid selama lima tahun, namun hanya tampil dalam sembilan perlawanan pada musim ini.

Pemain pertahanan ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan memperlahankan lariannya setakat ini.

 

9 | Alvaro Odriozola – 34.99 km/h

Pemain bek kanan ini menyertai Bayern Munich secara pinjaman dari Real Madrid, tetapi hanya tampil dalam satu perlawanan Bundesliga sejak Januari lalu.

Sebelum itu ODriozola tampil dalam lima perlawanan untuk Los Blancos.

8 | Kingsley Coman – 35 km/h

Jika anda adalah seorang pemain sayap, maka kepantasan adalah nilai tambah yang penting. Demikianlah ianya untuk Kingsley Coman.

Pemain dari Perancis ini telah menjaringkan lima gol untuk Bayern Munich pada musim ini.

7 | Mohamed Salah – 35 km/h

Kepantasan larian milik pemain antarabangsa Mesir ini menyaksikan beliau menjaringkan 91 gol dari 144 penampilan bersama Liverpool sejak 2017.

Satu-satunya yang masih dikejar oleh Salah buat masa ini adalah trofi Premier League.

6 | Leroy Sane – 35.04 km/h

Leroy Sane terlepa keseluruhan kempen musim ini akibat kecederaan lutut serius pada awal musim.

Sebelum itu Sane sentiasa memberikan mimpi ngeri kepada lawan dengan kepantasannya. Kita harapkan beliau kembali berlari apabila saingan bersambung kembali nanti.

5 | Kyle Walker – 35.21 km/h

Kyle Walker pula adalah pemain kedua terpantas di belakang Sane di kem Man City. Beliau mungkin dikritik kerana beberapa kesilapan sebelum ini.

Namun kita tidak dapat menafikan kepantasan Walker di sebelah sayap kanan untuk City.

4 | Karim Bellarabi – 35.27 km/h

Karim Bellarabi adalah pemain berusia 30 tahun yang beraksi di posisi sayap untu Bayern Leverkusen. Beliau adalah pemain utama kelab Jerman itu.

3 | Pierre-Emerick Aubameyang – 35.5 km/h

Pierre-Emerick Aubameyang adalah pemain terpantas di Premier League, walaupun pemain antarabangsa Gabon itu akan berusia 31 tahun pada Jun nanti

Kepantasan dimiliki Aubameyang membantu beliau merekodkan 61 gol dari 97 penampilan untuk Arsenal setakat ini. Kelab London itu sedang bergumul untuk mengekalkan penyerang ini di Emirates melangkaui musim ini.

2 | Innaki Williams – 35.7 km/h

Penyerang Atletic Bilbao ini amat pantas. Beliau telah membuktikan kemampuan dirinya selama beberapa musim lalu, dan kini turut dilaporkan sedang diintai oleh Manchester United.

1 | Kylian Mbappe – 36 km/h

Ia bukan perkara menghairankan untuk mengetahui Kylian Mbappe adalah pemain terpantas di dunia. Penyerang PSG ini juga mempunyai larian yang pantas walaupun ketika mengawal bola.

Sebagai perbandingan, Usain Bolt melakukan larian sepantas 44.72 km/h ketika melakukan rekod dunia 100 meter 9.58 saat pada 2019. Seara purata pula Bolt berlari sepantas 37.58 km/h dalam larian tersebut.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan berikut:

10 Perseteruan Terpanas Antara Pemain Pernah Berlaku Di Premier League

Dennis Bergkamp: Raja Zon 14 Dari Belanda Dan Legenda Arsenal

Senarai Musuh Ronald Koeman Di Dalam Bola Sepak

5 Kualiti Virgil Van Dijk Yang Dirindui & Buat Liverpool Hilang Arah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN