10 Pakar Sepakan Percuma Terus Ketika Ini Di Eropah, Pemain Di Gambar Ini Adalah No.1

Kali ini kita akan melihat senarai pakar sepakan percuma di liga-liga Eropah.

Kenalkah anda dengan pemain ini?

Nama beliau adalah Francesco Lodi, bermain untuk Udinese ketika ini. Dalam karier beliau, Lodi telah melakukan ratio gol yang tinggi menerusi sepakan percuma terus.

Ini adalah 10 pengambil sepakan percuma yang paling tajam dengan mengambil kira sepakan percuma terakhir mereka.

Ketajaman dikira berdasarkan kadar peratusan kejayaan sepakan percuma menjadi gol dengan kuantiti sepakan percuma terus (direct free kick) yang diambil.

Data ini adalah dari laman Penalty Kick Stats.

1. Francesco Lodi – 14.3%

Francesco Lodi sudah menjaringkan 8 gol dalam 56 cubaan sepakan percuma terus beliau. Menjadikan beliau adalah pemain paling tajam untuk rutin sepakan percuma terus.

Ratio beliau buat masa ini lebih tinggi daripada Andrea Pirlo yang melakukan 10.7% daripada 121 sepakan percuma terakhir beliau.

2. Lasse Schone – 13.5%

Pemain ini juga pakar sepakan percuma yang tidak didendang di arena bola sepak Eropah. Beliau menjaringkan 7 gol daripada 52 sepakan percuma terus.

3. Robert Snodgrass – 13%

Pemain ini meningkatkan reputasi beliau sebagai bakat istimewa dalam EPL meskipun tidak bermain dengan kelab besar.

Beliau ada ratio gol menerusi sepakan percuma terus yang paling tinggi di EPL dan ketiga tertinggi di Eropah buat masa ini dengan menjaringkan 7 gol daripada 56 cubaan.

4. Miralem Pjanic – 12.3%

Pjanic telah menjaringkan 8 gol daripada 65 sepakan percuma terakhir beliau. Memang antara igauan ngeri untuk penjaga gol.

5. Memphis Depay – 11.9

Meskipun beliau tidak menjadi pengambil sepakan bebas utama di Manchester United. Namun data yang beliau rekodkan di PSV Eindhoven sangat baik.

Beliau menjaringkan 7 gol daripada 59 sepakan percuma terus yang terakhir untuk 3 kelab yang beliau sertai.

https://www.youtube.com/watch?v=OnQTwn6qidU

6. Dmitri Payet – 11.5%

52 cubaan terakhir beliau menghasilkan 5 gol. Menjadi antara pemain yang paling bahaya dari rutin sepakan bebas sejak 2 musim yang lalu.

7. Gylfi Sigurdsson – 10.2%

Dalam 59 sepakan percuma terakhir beliau, Glyfi Sigurdsson telah menjaringkan 6 gol. Teknik lencongan yang deras adalah kunci utama sepakan percuma beliau.

8. Wayne Rooney – 9.8%

Rooney masih mampu berada dalam 10 terbaik. 82 sepakan percuma terus yang terakhir beliau lakukan telah menghasilkan 8 gol.

Namun buat masa ini, beliau agak bercuti untuk rutin ini. Menyerahkannya untuk pemain seperti Mata, Ibrahimovic dan Pogba. Tambahan pula beliau kurang beraksi di padang musim ini.

Lebih indah, jaringan ke-250 beliau adalah dari rutin sepakan percuma terus. Ia menyelamatkan United dari tewas di tangan Stoke dan menjadikan beliau penjaring terbanyak sepanjang zaman di Old Trafford.

9. Ross McCormack 9.5%

Ross McCormack adalah pengambil sepakan bebas terbaik di Liga Championship buat masa ini. Daripada 63 cubaan terakhir, beliau menghasilkan 6 gol.

10. Vincenzo Grifo – 9.4%

Ini adalah pemain muda Jerman yang bermain untuk SC Freiburg. Beliau memiliki rekod 6 gol daripada 64 sepakan percuma terus yang terakhir.

Sebagai tambahan, beliau hanya berusia 23 tahun. Minta maaf, tiada nama Hakan Calhanoglu, Messi atau Ronaldo dalam senarai ini.

Baca juga: Statistik: 4 Pemain Paling Kreatif Di 5 Liga Utama Eropah Sejak 2014/15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram