10 Kelab Eropah Berbelanja Paling Besar Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Pandemik yang melanda dunia dikhabarkan telah memberi kesan mendalam kepada keadaan kewangan kelab-kelab bola sepak.

Secara tidak langsung, ia dipercayai akan mempengaruhi nilai pemain di jendela perpindahan. Ia mungkin benar. Pada masa sama mungkin juga ada kelab yang tidak terjejas secara langsung, kerana mempunyai asas yang kukuh dibina bertahun lamanya. Tidak dinafikan ada juga kelab bola sepak yang bijak dalam mengurus pelaburan mereka.

Berikut adalah 10 kelab dari seluruh eropah yang berbelanja paling tinggi di jendela perpindahan musim panas ini setakat ini.

1. RB Leipzig – £82.46 juta

Pemain dibeli: André Silva (Eintracht Frankfurt, £20.7 juta), Josko Gvardiol (Dinamo Zagreb, £16.92 juta), Angeliño (Man City, £16.2 juta), Mohamed Simakan (Strasbourg, £13.5 juta), Benjamin Henrichs (Monaco, £13.5 juta), Caden Clark (New York Red Bulls, £1.64 juta)

Walaupun merupakan kelab berbelanja paling mewah setakat ini, urusniaga Leipzig dianggap yang paling berhemah setakat ini kerana sebenarnya hasil pelaburan kembali penjualan dua pemain pertahanan – Dayot Upamecano dan Ibrahima Konate.

Kelab Jerman itu yang berada di bawah kendalian pengurus bahary, Jesse Marsch selepas Julian Nagelsmann berhijrah menyertai Bayern Munich dijangka menjangka seorang lagi pemain dan aset penting kelab – Marcel Sabitzer yang kini memasuki tahun terakhir konrak.

2. Manchester United – £76.5 juta

Pemain dibeli: Jadon Sancho (Borussia Dortmund, £76.5 juta), Tom Heaton (Aston Villa, percuma)

Sancho hanya diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United 10 hari selepas pemeriksaan perubatan pemain itu dilengkapkan. Tahukah anda bahawa Sancho sebenarnya dilahirkan di London dan pernah menjadi penyokong Chelsea, selain dibangunkan oleh Man City sebelum menjadikan Old Trafford sebagai rumah baharunya.

Sancho dijangka bukan satu-satunya pembelian Manchester United pada musim ini, dengan laporan mengatakan kelab itu turut berminat mendapatkan Raphael Varane, Kieran Trippier dan Eduardo Camavinga.

3. Paris Saint-Germain – £68.4 juta

Pemain dibeli: Achraf Hakimi (Inter Milan, £54 juta), Danilo Pereira (Porto, £14.4 juta), Georginio Wijnaldum (Liverpool, percuma), Sergio Ramos (Real Madrid, percuma), Gianluigi Donnarumma (AC Milan, percuma)

Peraturan ketat FFP memaksa Paris Saint-Germain memburu pemain yang boleh diperolehi secara percuma di jendela perpindahan dan nyata mereka berjaya mendapatkan tiga pemain berkualiti melalui Wijnaldum, Ramos dan Donnarumma.

Ini tidak bermakna PSG tidak akan berbelanja. Sehingga kini PSG telah membelanjakan £68.4 juta untuk dua pemain, dan Paul Pogba dengan tanda harga £45 juta dikatakan turut akan menyusul.

4. AC Milan – £52.29 juta

Pemain dibeli: Fikayo Tomori (Chelsea, £26.28 juta), Mike Maignan (Lille, £11.7 juta), Sandro Tonali (Brescia, £6.21 juta), Fodé Ballo-Toure (Monaco, £4.5 juta), Brahim Díaz (£2.5m yuran pinjaman, Real Madrid), Olivier Giroud (Chelsea, £900,000)

Dua pemain berstatus pinjaman iaitu Tomori dan Tonali dijadikan pemain berstatus tetap, dan Milan turut mendatangkan Mike Maignan sebagai pengganti Donnarumma daripada Lille.

Pembelian Giroud turut dilihat sebagai pembelian yang berbaloi untuk kelab Serie A itu.

5. Leicester City – £45 juta

Pemain dibeli: Patson Daka (RB Salzburg, £27 juta), Boubakary Soumare (Lille, £18 juta), Ryan Bertrand (Southampton, percuma)

Leicester terus menampilkan kebolehan mereka mendapatkan pemain pada harga berbaloi dari pasaran yang tidak masuk akal. Kelab ini sering hilang pemain-pemain utama mereka. Soumare misalnya adalah salah seorang tunjang utama Lille yang muncul juara Ligue 1.

Ia juga persediaan oleh Brendan Rodgers sekiranya Liverpool sanggup membayar harga yang dipinta untuk mendapatkan Youri Tielemans – dipercayai mendapat perhatian Jurgen Klopp.

6. Shakhtar Donetsk – £42.3 juta

Pemain dibeli: Pedrinho (Benfica, £16.2 juta), Marlon (Sassuolo, £10.8 juta), Lassina Traore (Ajax, £9 juta), Vinicius Tobias (Internacional, £5.4 juta)

Kebanyakkan pemain yang menyertai Shaktar Donestsk adalah pemain Brazil. Mereka turut memancing Lassina Traore dari Ajax yang boleh menjadi pemain penting Shaktar untuk menguasai kembali liga domestik Ukraine.

7. Marseille – £40.25 juta

Pemain dibeli: Gerson (Flamengo, £22.5 juta), Leonardo Balerdi (Borussia Dortmund, £7.2 jta), Luan Peres (Santos, £4.05 juta), Konrad de la Fuente (Barcelona, £2.7 juta), Pau Lopez (Roma, £648,000 yuran pinjaman), Cengiz Ünder (Roma, £450,000 yuran pinjaman), William Saliba (Arsenal, pinjaman), Matteo Guendouzi (Arsenal, pinjaman).

Marseille berusaha sebaik mungkin untuk bersaing dengan PSG dan meyakinkan penyokong mereka yang menceroboh masuk padang latihan pada awal musim lalu. Semua ini dilakukan walaupun Marseille mengalami kerugian £84 juta pada musim sebelumnya. PSG mungkin tidak menghiraukan aktiviti di Marseille – buat masa ini.

Namun mereka patut berbuat demikian kerana Marseille masih mampu memperkuatkan skuad sedia ada tatkala rata-rata kelab lain bergelut dengan kewangan.

8. Bayern Munich – £38.25 juta

Pemain dibeli: Dayot Upamecano (RB Leipzig, £38.25 juta), Omar Richards (Reading, percuma), Sven Ulreich (Hamburg, percuma)

Bayern tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu selepas David Alaba, Jerome Boateng dan Javi Martinez semuanya meninggalkan kelab itu selepas kontrak mereka tamat. Bayern juga harus memperbaharui kontrak beberapa pemain utama seperti Kingsley Coman, Niklas Sule dan Leon Goretzka.

Ini bermakna walaupun sekiranya Bayern Munich tidak melakukan sebarang penambahan pemain selepas ini, mereka sebenarnya sudah berbelanja dengan besar pada musim panas ini.

9. Liverpool – £36m
Pemain dibeli: Ibrahima Konaté (RB Leipzig, £36 juta)

Liverpool akan melonjak dari kedudukan kesembilan ini sekiranya semua nama yang dikaitkan akan ke Anfield seperti Kylian Mbappe, Donyell Malen, Saul Niguez, Otavio, Kingsley Coman, Jarrod Bowen dan Youri Tielemans menjadi kenyataan.

Walaupun berbangga kerana memiliki Pengarah Sukan terbaik dunia seperti Michael Edwards, kita semua tahu limitasi atau kesanggupan FSG untuk berbelanja memantapkan pasukan. Untuk memberikan kontrak baharu kepada kapten pasukan, Jordan Henderson pun Liverpool sudah bermasalah, apatah lagi untuk mengidamkan pemain baharu tanpa menjual mana-mana pemain terlebih dahulu.

10. Norwich – £35.69 juta

Pemain dibeli: Milot Rashica (Werder Bremen, £9.9 juta), Ben Gibson (Burnley, £8.37 juta), Pierre Lees Melou (Nice, £5.4 juta), Dimitrios Giannoulis (PAOK Salonika, £6.75 juta), Angus Gunn (Southampton, £5.27 juta), Billy Gilmour (Chelsea, pinjaman)

Skuad Canaris kali ini mendatangkan enam pemain baharu. Tetapi penjualan Emi Buendia kepada Aston Villa bermakna akaun mereka tetap stabil.

Pemain paling menarik perhatian adalah Billy Gilmour yang tiba secara pinjaman daripada Chelsea.  Begitu jga Milot Rashica. Pemain Kosovo ini juga pernah dikaitkan dengan Liverpool tidak lama dahulu. Mungkin urusniaga terbaik yang dilakukan oleh Norwich pada musim panas ini sebenarnya ialah mengekalkan Daniel Farke sebagai pengendali.

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa:

Senarai Pemain Chelsea Yang Membelot Ke Arsenal, Tetapi Ramai Gagal Beri Impak

Merungkai Krisis Di Barcelona, Messi Perlu Tunggu Sehingga Januari Untuk Beraksi?

12 Pemain Premier League Sedang Bersama Negara Masing-Masing Di Sukan Olimpik

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply