10 Jenis Penonton Piala Dunia: Anda Yang Mana Satu?

Setiap kali musim Piala Dunia tiba, korang perasan satu benda tak? Mak korang yang sebelum ini tak pernah-pernah kisah pasal bola sepak tiba-tiba akan tanya soalan pasal Piala Dunia kepada korang kan?

Kawan perempuan korang yang sebelum ini ‘tak faham kenapa 22 lelaki dewasa kejar sebiji bola’ pun tiba-tiba takde masalah lepak tengok bola berjam-jam dengan korang kan? Malah silap-silap haribulan, mereka akan tanya korang pula apa itu ofsaid pula.

Inilah keajaiban musim Piala Dunia.

Tiba saja musim ini, semua orang dilanda demam Piala Dunia. Yang tak minat bola pun akan demam sekali! Dan ketika inilah kita dapat lihat macam-macam jenis penonton Piala Dunia. Ada yang bagus, ada yang kelakar dan ada juga yang sedikit menjengkelkan haha

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kepada korang 10 jenis penonton Piala Dunia yang korang akan jumpa – sama ada di rumah mahupun di restoran mamak. Persoalannya, korang yang mana satu?

1. Jenis yang suka ulas perlawanan dengan ayat ‘pemain zaman aku dulu…’

Semasa muda, mereka pun minat bola. Tetapi apabila mereka semakin meningkat usia, mereka tidak lagi tengok perlawanan bola seperti zaman muda mereka. Ini kerana menurut mereka, “pemain zaman sekarang tak macam pemain zaman dulu.” Tetapi setiap kali musim Piala Dunia, mereka akan kembali tengok bola.

Kekuatan: Boleh cerita dengan terperinci bagaimana pemain-pemain lagenda zaman dulu main
Kelemahan: Sukar menerima hakikat Lionel Messi pemain lebih baik daripada Diego Maradona

2. Jenis emo

Tiada siapa boleh pertikaikan ‘passion’ mereka dalam bola sepak. Tapi kadang-kadang ‘passion’ mereka boleh buat orang-orang sekeliling terkejut.

Kekuatan: Orang pertama yang akan jawab ‘ya’ bila anda ajak lepak tengok bola
Kelemahan: Senang kena bahan dengan kawan-kawan sebab emo sangat

3. Jenis bajet ref dengar

Korang mesti pernah jumpa golongan no.3 ni kan? Kalau korang tak pernah, besar kemungkinan koranglah golongan no.3 ni haha. Mereka ini biasanya tak dapat beza tengok bola kat TV dengan tengok bola di stadium.

Kekuatan: Tahu banyak info pasal latar belakang seseorang pengadil
Kelemahan: Biasanya fail ilmu kepengadilan

4. Jenis bajet manager dengar

Golongan ini biasanya berkawan rapat dengan golongan no.3. Cuma berbanding salahkan pengadil, mereka lebih suka salahkan pengurus pasukan bila pasukan yang mereka sokong kalah. Dan mereka pernah main Football Manager sejak zaman Championship Manager.

Kekuatan: Tahu banyak info pasal latar belakang seseorang pengurus pasukan.
Kelemahan: Mempunyai ‘zero’ pengalaman mengurus pasukan bola sepak

5. Jenis wajib mengunyah bila tengok bola

Golongan ini selalunya jarang tengok bola. Dan di mata mereka, tengok bola adalah aktiviti sama seperti tengok wayang. Mereka orang pertama tak setuju dengan statement ‘football is a matter of life and death‘.

Kekuatan: Senang share makanan yang mereka beli
Kelemahan: Akan kacau anda tengok bola dengan soalan-soalan tak penting seperti ‘kenapa pengadil pakai baju lain dengan pemain?’

6. Jenis terpaksa tengok bola sebab tak nak kena tinggal sorang-sorang

Mereka adalah definisi orang yang terpaksa tengok bola kerana ‘pengaruh rakan sebaya’. Dari segi luaran, mereka mungkin nampak teruja tengok bola. Tapi sebenarnya mereka lebih rela join anda tengok cat kering di dinding daripada ditinggalkan berseorangan di rumah.

Kekuatan: Boleh diajak teman anda tengok bola bila-bila masa (jika mereka tiada apa-apa plan lain)
Kelemahan: Takut duduk rumah sorang-sorang

7. Jenis frust sebab pemain Fantasy Football Team tak score

Tiap-tiap minggu mereka akan bersembang pasal team Fantasy mereka. Mereka juga tahu pasukan mana yang selalu clean sheet dan pemain mana yang selalu start first eleven. Apabila pemain yang mereka kaptenkan gagal menjaringkan gol, mereka akan berevolusi menjadi golongan no.2.

Kekuatan: Rajin tengok bola tanpa mengira masa
Kelemahan: Bongkak di Whatsapp group apabila team Fantasy mereka perform

8. Jenis minoriti yang hanya sokong pasukan Asia

Golongan ini mempunyai jati diri sebagai orang Asia yang kuat. Mereka mempunyai memori yang sangat kuat bila bercerita tentang Piala Dunia edisi 2002. Berpendapat Park Ji-sung adalah pemain Manchester United yang lebih penting daripada Nani.

Kekuatan: Percaya pasukan Asia boleh memenangi Piala Dunia satu hari nanti
Kelemahan: Sukar move on dengan Park Ji-sung

9. Jenis yang power ‘tikam’

Tekaan mereka tak pernah tak kontroversi, tapi tepat. Russia akan kalahkan Sepanyol? Jerman kalah dengan Mexico dan Korea Selatan? Mereka menekanya dengan betul. Tiada siapa tahu bagaimana mereka tahu. Tapi apabila tekaan mereka betul, mereka layak dijulang.

Kekuatan: Boleh mengesan pattern juara bertahan Piala Dunia yang sering terkandas awal dalam Piala Dunia lebih awal daripada media
Kelemahan: Terbawa-bawa tabiat ‘menikam’ ke sukan lain

10. Jenis yang hanya tengok bila Cristiano Ronaldo main sahaja

Bagi mereka, dunia bola sepak berputar pada paksi Cristiano Ronaldo. Tanpa Ronaldo, mereka tidak akan tengok bola. Ketika bermain, mereka akan meniru segala gaya Ronaldo – walaupun teknik dan skil mereka lebih teruk daripada anda.

Kekuatan: Boleh melakukan evolusi goal celebration Ronaldo sejak dari zaman Sporting Lisbon sehinggalah ke Real Madrid
Kelemahan: Mempunyai markah paling rendah dalam liga Fantasy kerana menjadikan Ronaldo kapten mereka selama 3 perlawanan berturut-turut

Muat turun GIFs #KitaBoleh di Whatsapp dan Facebook anda!

Selalunya aksi-aksi bola sepak akan membuat kita tak terkata-kata kan? Susah kita nak ungkapkan dengan perkataan saat bila pemain dan pasukan kegemaran kita buat kita sedih, marah, gembira dan ketawa.

Jadi apa kata anda muat turun GIFs #KitaBoleh di sini atau search saja #KitaBoleh di bahagian GIFs aplikasi Whatsapp dan Facebook anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN