10 Idea Hadiah Birthday Bawah RM100 Yang Perfect Untuk Peminat Bola

Tiada orang yang lebih faham peminat bola daripada peminat bola sendiri. Jadi bila hari birthday untuk suami, teman lelaki atau kawan yang minat bola ni dah nak dekat, siapa orang yang paling tepat untuk anda tanya apa hadiah yang confirm dia suka? Mestilah peminat bola kan?

Seperti suami, teman lelaki atau kawan anda yang minat bola tu, team Semuanya BOLA pun minat bola. Minat sampai kerja tulis pasal bola, bola dan bola je setiap hari. Jadi it’s fair to say yang kami tahu apa benda yang dorang nak sebagai hadiah.

Berikut adalah 10 hadiah birthday bawah RM100 yang perfect untuk peminat bola. Jom tengok!

1. Funko Pop pemain bola

Benda paling best tentang Funko Pop adalah ia boleh dikumpul, tahan lama, dan yang paling best – ada nilai sentimental. Setiap kali si dia tengok Funko Pop pemain kegemaran dia, dia terus ingat kat anda. Cuma kami ada warning: jangan beli Funko Pop Romelu Lukaku kalau si dia peminat Manchester United! Jangan tanya kenapa. Thank us later.

2. Aksesori telefon bertema bola sepak

Maybe anda tengok phone case si dia tu dah pakai lama sangat atau maybe kosong, takde corak – why not bagi phone case bertema kelab bola sepak kegemaran dia. Lepas tu, bagi sekali ring holder yang customized dengan logo kelab kegemaran dia. Confirm dia appreciate!

3. Majalah bola sepak klasik

Kalau si dia minat membaca dan suka benda-benda klasik, ini hadiah paling perfect untuk mereka. Bagi mereka baca balik kisah-kisah lama pasal pemain-pemain yang mereka puja semasa kecil dulu. Percayalah si dia akan respect gila kepada anda kerana mempunyai taste beli hadiah yang power. Plus, anda boleh beli majalah klasik ni banyak-banyak dengan bajet RM100!

4. 3D puzzle stadium

Lelaki ni memang suka main pasang-pasang benda. Bagi mereka something to build, they will build. Pastikan anda research dulu apa nama stadium kelab bola sepak kegemaran mereka. Kalau dia minat Manchester United, dapatkan 3D puzzle untuk Old Trafford. Kalau dia minat Liverpool, dapatkan yang Anfield punya. Jangan tersalah bagi Anfield punya kepada peminat Manchester United ya?

5. Tactical board

Kalau si dia aktif main bola sampai jadi coach, ini hadiah terbaik untuk mereka. Kalau dia tak pernah jadi coach pun, dia akan suka hadiah ni kalau dia suka bersembang pasal bola sepak sampai berjam-jam dengan kawan-kawannya. Benda ni mungkin nampak macam boring. Tapi percayalah, peminat bola tegar boleh cari 1000 ways of having fun dengan tactical board ni.

6. Cadar bertema kelab bola sepak

Kalau si dia adalah orang yang makan bola, minum bola, tidur bola – hadiah ni akan buat dia bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

7. Hover football

Hover football ni macam bola biasa yang bulat. Cuma dia lebih selamat untuk dimainkan dalam indoor – contohnya dalam rumah. Anda boleh tengok betapa sukanya peminat bola kalau dapat benda ni dalam rumah mereka di video bawah ni.

8. Compression tights

Berbanding jersi dan kasut bola, satu lagi benda yang pemain bola selalu pakai tapi jarang dapat sebagai hadiah adalah compression tights. Benda ni bukan sahaja boleh meningkatkan tahap persembahan mereka di atas padang, malah menggalakkan mereka untuk menutup aurat juga.

9. Mafla

Tak lengkaplah rumah peminat bola kalau tiada mafla. Benda ni bukan sahaja boleh dipakai mereka ketika nak tengok game, malah turut boleh diletak di kereta sebagai tanda identiti unik mereka.

10. Canvas poster bertema bola sepak

Ini satu lagi hadiah yang jarang-jarang peminat bola dapat. Dan paling best, tak ramai juga peminat bola yang beli benda ni untuk diri mereka sendiri. Canvas poster ni boleh dijadikan hiasan dinding yang cool untuk rumah dan bilik mereka.


Jadi inilah 10 hadiah bawah RM100 yang kami rasakan perfect untuk peminat bola. Takde jersi atau kasut bola dalam senarai ini kerana 2 benda dah memang selalu peminat bola beli untuk diri sendiri. Dan yang paling best, semua benda-benda yang kami senaraikan ni boleh anda dapatkan di Shopee melalui kempen Shopee For Men!

Kenapa Shopee?

Untuk pengetahuan anda, bermula 21 Februari hingga 25 Februari 2019 ini, Shopee bagi JAMINAN HARGA TERENDAH, 0% INSTALLMENT dan FREE SHIPPING (untuk pembelian atas RM25 bai produk terpilih) untuk produk-produk lelaki yang terlibat dalam kempen Shopee For Men .

Kalau anda jumpa ada tempat lain (Lazada sahaja) yang bagi harga lagi rendah untuk produk di Shopee yang mempunyai label ‘Lowest Price Guaranteed’, anda boleh hantar claim kepada Shopee dan Shopee akan bagi 200% (2 kali ganda) cashback dari segi perbezaan harga dalam bentuk Shopee coins!

Antara produk-produk lelaki yang boleh anda dapatkan dengan JAMINAN HARGA TERENDAH, 0% INSTALLMENT dan FREE SHIPPING ini adalah:

a) Kesihatan dan Kecergasan (pada 23 Februari)

Anda yang mementingkan kesihatan dan kecergasan boleh mendapatkan produk kecergasan terkini, makanan tambahan kesihatan seperti whey powder ini:

Atau protein shakes ini…

Dan juga gloves seperti ini.

b) Teknologi, Gaming dan Kereta (pada 21 Februari)
c) Fesyen dan Penjagaan Kulit (pada 22 Februari)
d) Perkakas Rumah, Buku dan Minuman (pada 24 Februari)

Dan pada 25 Februari nanti, Shopee akan menawarkan pelbagai produk pada harga, diskaun dan tawaran yang pastinya buat anda tak mahu lepas. Pastikan anda sentiasa check tawaran-tawaran ini di media sosial Shopee dari semasa ke semasa!

Sepanjang 21 hingga 25 Februari ini juga, Shopee akan mengadakan:

Shocking Sale sebanyak 5 kali
Slicing Samurai Game pada jam 12am dan 12pm. Inilah peluang anda untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan hadiah-hadiah seperti Realme 2 Pro, Pineng Power Bank, SonicGear USB Speaker, Ice-Watch BMW Motorsport Steel Chrono, Fossil Wallet, Nescafe Dolce Gusto, Russell Taylors Air Fryer, Lenovo Tab 4, Sony LED TV dan banyak lagi!
– Pertandingan #ShopeeTagAMate di Instagram Shopee
– dan tonton juga video-video Shopee For Men

Khas untuk pembaca Semuanya BOLA!

Sebelum anda mula shopping, kami ada satu lagi berita baik untuk anda! Shopee telah berbesar hati untuk memberi baucar kepada semua pembaca Semuanya BOLA. Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan kod baucar: BOLA10 (semua pengguna Shopee) / BOLA7 (untuk pengguna baru Shopee) sebelum melakukan pembayaran.

Syarat dan terma:
– Kod baucar ini boleh ditebus di semua Preferred Sellers & Shopee Mall shops, kecuali untuk kategori Tickets & Vouchers, Milk & Formula, Diapers & Potties.
– Hanya sah digunakan di bahagian checkout Shopee app sahaja.

Layari Shopee untuk dapatkan barangan #ShopeeforMenMY anda sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN