10 Gandingan Pertahanan Tengah Paling Cemerlang Di Eropah

Setiap pasukan hebat dalam sejarah bola sepak pasti mempunyai gandingan pertahanan tengah yang cemerlang dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Dalam artikel ini kami menyelusuri 10 gandingan pertahanan tengah yang paling cemerlang pernah disaksikan di Eropah. 10 gandingan ini dipilih berdasarkan konsensus penulis Semuanya BOLA dan ia tidak disusun mengikut ranking.

1. Nemanja Vidic – Rio Ferdinand (Manchester United)

Embed from Getty Images

Di luar padang, Rio Ferdinand lebih banyak mendapat publisiti dari media. Nemanja Vidic lebih low profile orangnya. Tetapi lain ceritanya di atas padang.

Di atas padang, Vidic bertindak sebagai pertahanan paling agresif dan paling bising di telinga penyerang lawan. Ferdinand pula lebih gemar menumpukan perhatiannya membaca perlawanan.

Vidic dan Ferdinand merupakan gandingan ball winner-ball playing centrebacks paling berjaya pernah disaksikan di Premier League.

2. Ricardo Carvalho – John Terry (Chelsea)

Embed from Getty Images

Impak gandingan Ricardo Carvalho dan John Terry sangat besar sehinggakan mereka bertanggungjawab membuatkan ramai penyokong Chelsea yang muda-muda melupakan gandingan Marcel Desailly dan William Gallas/Frank Lebouef.

Rekod Petr Cech yang hanya bolos 15 gol sepanjang musim Premier League banyak dibantu oleh gandingan Carvalho-Terry.

Kedua-dua mereka sangat bagus sehinggakan Gallas terpaksa beraksi sebagai bek kiri Chelsea!

3. Carles Puyol – Gerard Pique (Barcelona)

Embed from Getty Images

Pada zaman puncak mereka, gandingan Carles Puyol dan Gerard Pique sangat cemerlang sehinggakan Barcelona hanya kalah sekali dalam 61 perlawanan liga.

Walaupun personaliti dan gaya permainan mereka jauh berbeza – Puyol lebih tradisional, Pique lebih moden, tetapi di atas padang mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

“Pernah sekali perlawanan terhenti seketika kerana ada pemain cedera. Kemudian [Puyol] menjerit-jerit kepada saya,” cerita Pique. “Saya cakap kepada dia: relaks lah. Kita dah mendahului 4-0. Masa tinggal tiga minit sahaja. Puyol balas: Diam! Fokus kepada perlawanan. Aku kenal perangai kau [mudah leka].”

4. Tony Adams – Steve Bould (Arsenal)

Embed from Getty Images

Di bawah kendalian George Graham, gandingan Tony Adams dan Steve Bould (bersama Nigel Winterburn dan Lee Dixon) merupakan tunjang utama kejayaan Arsenal menjulang trofi liga pada saat-saat terakhir pada tahun 1989. Ia merupakan trofi liga pertama Arsenal dalam masa 18 tahun.

Kesefahaman telepatik antara Adams dan Bould membuatkan penyokong Arsenal yakin mereka akan menang setiap perlawanan – kerana mereka takkan bolos.

5. Jamie Carragher – Sami Hyypia (Liverpool)

Embed from Getty Images

Gandingan Jamie Carragher dan Sami Hyypia ini mempunyai sedikit persamaan dengan gandingan Ferdinand-Vidic di United kerana mereka dibentuk oleh acuan ball winner-ball playing centrebacks.

Jika Carragher membawa keagresifan, Hyypia membawa ketenangan. Kelemahan Hyypia, iaitu kelajuannya, ditutup dengan kelajuan larian Carragher.

Sehingga kini Carragher mempertahankan pembelian Hyypia dari Willem II pada harga £2.5 juta merupakan pembelian terbaik pernah Liverpool buat pada zamannya. “[Hyypia] mentransformasi pertahanan Liverpool dan bertanggungjawab membawa 10 trofi ke Anfield,” tambah Carragher lagi.

6. Paolo Maldini – Alessandro Nesta (AC Milan)

Embed from Getty Images

Di bawah gandingan ini, Paolo Maldini membawa fizikaliti dan kualiti kepimpinan kepada barisan pertahanan AC Milan. Alessandro Nesta pula membawa ketenangan dan kualiti teknikal.

Apabila mereka digandingkan bersama, AC Milan menjadi pasukan yang sukar ditewaskan. Buktinya boleh dilihat di dua trofi UEFA Champions League yang diraih AC Milan pada musim 2002/2003 dan 2006/2007 ketika gandingan ini beraksi.

7. Gaetano Scirea – Claudio Gentile (Juventus)

Embed from Getty Images

Gandingan Gaetano Scirea dan Claudio Gentile merupakan gandingan pertahanan tengah Juventus paling terkenal kerana kejayaan mereka membawa pulang enam gelaran Scudetto, sebuah trofi European Cup dan membantu Itali menjadi juara Piala Dunia 1982.

Jika Gentile merupakan ‘anjing liar’ yang bising, kasar dan tidak berkompromi dengan penyerang lawan, Scirea pula merupakan ular – tenang, bersih tetapi berbisa apabila diserang.

8. Franco Baresi – Alessandro Costacurta (AC Milan)

Embed from Getty Images

Franco Baresi sudah berkhidmat di AC Milan selama 10 musim sebelum Alessandro Costacurta masuk ke pasukan senior. Gandingan mereka walaupun mempunyai jurang umur yang besar, tidak menunjukkan sebarang rasa kekok apabila bermain bersama.

Mereka bertanggungjawab mengunci jentera serangan Steaua Bucharest dan Benfica untuk menjulang European Cup pada tahun 1989 dan 1990. Di peringkat domestik, gandingan ini membantu AC Milan menjadi juara gelaran Serie A empat musim berturut-turut.

9. Fabio Cannavaro – Lillian Thuram (Parma & Juventus)

Embed from Getty Images

Gandingan mereka pada mulanya dibentuk oleh Alberto Malesani di Parma dalam formasi 3-5-2. Lilian Thuram di sebelah kanan back three. Fabio Cannavaro di sebelah kiri. Roberto Sensini pula di tengah. Ketika inilah Parma pernah memenangi dua piala pada tahun 1999: UEFA Cup dan Coppa Italia.

Kemudian di Juventus, Fabio Capello menggunakan gandingan Cannavaro-Thuram untuk merangkul lagi dua kejuaraan Serie A (walaupun ia kemudiannya ditarik balik selepas Juventus didapati bersalam dalam skandal calciopoli).

Boleh dikatakan gandingan Cannavaro-Thuram ini hampir sempurna kerana kedua-duanya mempunyai kelajuan, kepimpinan, fizikaliti (walaupun Cannavaro pendek, beliau boleh melompat tinggi), kebijaksanaan membaca perlawanan dan kekuatan mental.

10. Franz Beckenbauer – Hans-Georg Schwarzenbeck (Bayern Munich & Jerman Barat)

Franz Beckenbauer (kiri) dan Georg Schwarzenbeck (kanan) ketika beraksi untuk Jerman Barat. (Foto: Rust/ullstein bild melalui Getty Image)

Gandingan Franz Beckenbauer dan Hans-Georg Schwarzenbeck merupakan asas kejayaan Jerman Barat dan Bayern Munich pada era 70-an dahulu.

Jika Beckenbauer digelar sebagai ‘Der Kaiser’, Schwarzenbeck pula digelar sebagai ‘Der Kaiser’s bodyguard’. Tugas Schwarzenbeck adalah melindungi pertahanan Bayern dan Jerman Barat dengan melakukan tugas-tugas tak glamour seperti mengeluarkan bola dan menghadang pemain lawan.

Tugas Beckenbauer pula lebih glamour seperti membawa bola dari zon pertahanan naik ke atas. Di mata penyokong, Schwarzenbeck seperti berada di bayang-bayang Der Kaiser. Tetapi di mata Der Kaiser, Schwarzenbeck adalah yin kepada yang beliau.

Baca juga artikel kami lain mengenai pertahanan tengah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN