10 Fakta Menarik Menjelang Penampilan KL City Di Pentas Akhir Piala Malaysia

Malam ini menjadi hari penentu sama ada Kuala Lumpur City berjaya atau tidak dalam misi mereka mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) adalam perlawanan akhir bagi memburu kejuaraan Piala Malaysia.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai pasukan KL City yang penyokong perlu tahun menjelang aksi bersejarah pada malam ini.

Fakta 1

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 dan edisi ke-95 Piala Malaysia sejak Piala HMS Malaya pertama dianjurkan pada tahun 1921. (Pertandingan ini ditangguhkan selama 6 tahun dari 1942 hingga 1947 kerana Perang Dunia ke-2). Kuala Lumpur merupakan salah satu dari 15 pasukan yang pernah menjuarai piala berprestij ini.

Fakta 2

KL City menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mara ke perlawanan akhir. Ini merupakan kali kelima Kuala Lumpur mara ke perlawanan akhir, dengan rekod menang tiga kali berturut-turut ke atas Kedah (1987, 1988 & 1989). Kali terakhir Kuala Lumpur bertemu Johor di perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 1985 di mana pasukan ibu kota itu tewas 2-0.

Fakta 3

Kedua-dua pasukan KL City dan JDT yang bertemu di perlawanan akhir ini masih belum tewas sepanjang 10 perlawanan dalam kempen Piala Malaysia 2021.

Fakta 4

Memandangkan KL City tiada pasukan simpanan atau ‘reserve team‘, mereka hanya menggunakan 26 orang pemain sahaja sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini, iaitu jumlah paling sedikit antara 16 pasukan bertanding.

Fakta 5

Terdapat sembilan pemain yang beraksi di setiap perlawanan sepanjang musim ini, iaitu Kevin Ray Mendoza, Daniel Ting, Kamal Azizi Zabri, Ryan Lambert, Romel Morales, Zhafri Yahya, Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan Paulo Josue.

Fakta 6

Kevin Mendoza satu-satunya pemain yang beraksi setiap minit dan lima kali tidak dibolosi sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini. Penjaga gol Filipina itu juga telah diturunkan untuk setiap minit perlawanan di Liga Super 2021.

Fakta 7

Romel Morales, penjaring terbanyak musim ini dengan 10 gol, empat daripadanya adalah menerusi tandaukan. Manakala kapten pasukan Paulo Josue pula menyumbang enam bantuan jaringan yang juga merupakan yang tertinggi dalam kempen Piala Malaysia 2021.

Fakta 8

Ini merupakan perlawanan akhir yang keempat buat Bojan Hodak, ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC. Beliau pernah menjuarai pertandingan ini pada tahun 2012 ketika bersama Kelantan dan menjadi naib juara pada musim 2013 (Kelantan) dan 2014 (Johor Darul Ta’zim).

Fakta 9

Shukor Adan pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali, manakala Indra Putra Mahayuddin pula sebanyak tiga kali. Namun ini merupakan pentas akhir ketujuh buat kedua-dua pemain veteren ini. Shukor Adan telah mengumumkan beliau akan bersara sebagai pemain sebaik sahaja perlawanan malam ini berakhir.

Shukor Adan Indra Putra

Fakta 10

Shukor Adan merupakan kapten pasukan Negeri Sembilan di perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan 2010 bertemu Kelantan yang diketuai oleh Indra Putra Mahayuddin untuk kedua-dua tahun tersebut. Tetapi pada kali ini kedua-dua pemain ini berganding bahu untuk menghadiahkan kejuaraan buat KL City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN