10 Dribbler Terbaik EPL (Daripada 10 Perlawanan)

Dribbler atau penggelecek adalah pemain yang penting kepada jentera serangan sesebuah pasukan.

Ketika pasukannya sedang diberikan tekanan (pressed), dribber adalah pemain yang anda harapkan untuk mengeluarkan bola dari kawasan kubu sendiri untuk melancarkan serangan balas.

Ketika pasukan lawan melakukan taktikal park the bus, dribbler adalah pemain yang diharapkan oleh pasukannya untuk mengucar-kacirkan organisasi pertahanan pasukan lawan.

Tetapi siapakah 10 dribbler terbaik dalam English Premier League (EPL) ketika ini?

Untuk menjawab soalan ini, kami kumpulkan 10 dribbler terbaik dalam EPL. Untuk masuk dalam senarai ini, setiap dribbler perlulah bermain sekurang-kurangnya 9 perlawanan.

Keupayaan setiap dribbler diukur melalui berapa banyak situasi 1 lawan 1 (1v1) yang dimenanginya melalui gelecekan.

10. Jefferson Montero (Swansea)



Montero adalah pemain sayap kiri yang klasik. Beliau gemar mengajak bek kanan pasukan lawan untuk masuk ke dalam situasi 1v1 bersamanya, sebelum menggunakan pecutan larian dan skilnya untuk menewaskan mereka.

Setakat 10 perlawanan setakat ini, Montero berjaya mengalahkan pemain lawan sebanyak 24 kali daripada 56 percubaan gelecekan dalam situasi 1v1. Peratusan kejayaan gelecekannya adalah 43%.

9. Dimitri Payet (West Ham)



Setakat 10 perlawanan setakat ini, Dimitri Payet berjaya mengalahkan pemain lawan dalam situasi 1v1 sebanyak 24 kali.

Tetapi Payet hanya memerlukan 40 percubaan gelecekan sahaja untuk mencatatkan peratusan kejayaan gelecekan sebanyak 60%.

Di West Ham, Payet kerap bertukar-tukar posisi antara pemain sayap kiri dan central attacking midfielder dengan Manuel Lanzini.

Maka tidak hairanlah kebanyakan gelecekan beliau berlaku di kawasan final third pasukan lawan sehingga menghasilkan 5 gol untuknya.

8. Jeffrey Schlupp (Leicester City)



Seperti Jefferson Montero, Schlupp gemar menewaskan bek kanan pasukan lawan dengan pecutan dan fizikalnya yang kuat. Setakat ini beliau sudah mencatat 24 gelecekan berjaya dalam 39 percubaan.

Peratusan kejayaan gelecekan adalah 62%.

Boleh bermain sebagai bek kiri, Schlupp rajin membantu bek kirinya bertahan jika bermain sebagai pemain sayap kiri.

Ketika menentang Crystal Palace baru-baru ini, sering turun membantu bek kiri untuk mengurangkan bahaya Wilfried Zaha.

Dalam perlawanan yang sama, Schlupp turut mencatatkan 4 gelecekan berjaya daripada 5 percubaan.

7. Yaya Toure (Manchester City)



Yaya Toure mungkin salah satu pemain tengah paling lengkap ketika ini.

Boleh mencipta peluang melalui hantaran, boleh membantu pertahanan tengah sebagai defensive midfielder, Toure juga boleh menggelecek sebaik pemain yang lebih kecil saiznya.

Setakat ini Toure sudah mencatat 24 gelecekan yang berjaya daripada hanya 30 percubaan. Ini bermakna peratusan kejayaan gelecekannya adalah 80%!

6. Santi Cazorla (Arsenal)



Apabila Arsene Wenger menukar posisi Cazorla daripada left winger kepada deep-lying playmaker, kelemahan Cazorla berjaya ditukar menjadi kekuatan.

Di sayap kiri, Cazorla tidak cukup laju untuk menewaskan bek kanan walaupun mempunyai skil gelecekan yang tinggi.

Tetapi di tengah, Cazorla boleh menggunakan skil gelecekannya untuk membolehkan Arsenal melepasi sistem pressing pasukan lawan.

Setakat ini, Cazorla sudah mencatatkan 25 gelecekan yang berjaya (72%) daripada 33 percubaan. Semua gelecekannya bermula dari tengah atau middle third.

5. Sadio Mane (Southampton)



Bermula sebagai pemain sayap, impak Sadio Mane semakin meningkat apabila beliau diarahkan bermain di tengah, di belakang Graziano Pelle.

Stamina Mane yang tinggi membolehkan Ronald Koeman menggunakannya dalam posisi free role.

Mane adalah saluran (outlet) bagi Southampton untuk melancarkan serangan balas dan anda boleh melihat beliau menggelecek di tengah, kiri dan kanan.

Musim ini, Mane sudah mencatatkan 28 gelecekan berjaya (60%) daripada 47 percubaan.

4. Ross Barkley (Everton)



Walaupun Everton tewas 1-2, Barkley adalah salah satu pemain Everton yang banyak memberikan masalah kepada Arsenal dalam perlawanan Sabtu lepas.

Mempunyai stamina yang tinggi, fizikal yang tinggi dan kuat serta larian yang laju, Barkley adalah nukleus semua serangan balas Everton.

Beliau rajin turun bertahan walaupun bermain sebagai central attacking midfielder.

Dalam perlawanan menentang Arsenal, Barkley mencatatkan 5 gelekan berjaya daripada 8 percubaan. Ini bermakna, Barkley sudah mencatat keseluruhan 29 gelecekan berjaya (55%) daripada 53 percubaan.

3. Alexis Sanchez (Arsenal)



Ketika menentang Everton Sabtu lepas, Alexis tidaklah menyerlah sangat. Daripada 9 gelecekan yang beliau cuba, hanya 2 yang berjaya.

Tetapi jika kena pada harinya, Alexis tidak boleh dibendung. Beliau gemar membawa bola dari sayap kiri ke tengah sebelum membuat percubaan.

Dengan 30 gelecekan berjaya (61%) daripada 49 percubaan setakat ini, Alexis adalah dribbler ke-3 terbaik di England setakat ini.

2. Eden Hazard (Chelsea)



Skil gelecekan, kelajuan dan kelincahan Hazard membolehkan Chelsea menyerang tanpa perlu bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Ini membolehkan Chelsea bertahan dengan baik dan dalam pada masa yang sama, mencipta banyak peluang gol melalui larian Hazard.

Walaupun Chelsea bergelut pada musim ini, Hazard masih bermain dengan baik (sekurang-kurangnya dari segi gelecekan).

Beliau mencatatkan 31 gelecekan berjaya (58%) daripada 53 percubaan dan merupakan dribbler ke-2 terbaik di England setakat ini.

1. Riyad Mahrez (Leicester City)



Sepanjang musim lepas, Riyad Mahrez hanya mencatatkan 77 gelecekan berjaya.

Pada musim ini, baru 10 perlawanan berlangsung, Mahrez sudah mencatatkan 36 gelecekan berjaya, iaitu 47% daripada jumlah keseluruhan gelecekan berjayanya pada musim lepas.

Pada musim lepas, Mahrez mencatatkan 1 gelecekan berjaya setiap 27 minit. Pada musim ini, Mahrez mencatatkan 1 gelecekan berjaya setiap 19 minit.

Maka tidak hairanlah Mahrez adalah dribbler paling berbahaya di England pada musim ini.

Baca juga: Analisis EPL: Serangan Dan Pertahanan Pasukan Manakah Paling Bagus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN