10 Bantuan Gol (Assists) Terbaik Daripada Penjaga Gol

Panggillah ia gol route one atau apa saja, artikel kali ini akan memberi penghargaan kepada 10 bantuan gol (assists) terbaik daripada penjaga gol – pemain terakhir yang anda harapkan untuk membuat assist.

Berikut merupakan koleksi 10 bantuan gol terbaik daripada penjaga gol.

10. Rafael (Hellas Verona)

Keberanian Rafael, penjaga gol Hellas Verona untuk menangkap bola, memecut melepasi pemain lawan sebelum membuat hantaran tepat kepada penyerangnya adalah sesuatu yang memang berani. Jika gagal, Rafael akan nampak bodoh. Tetapi apabila berjaya, ia nampak bijak.

Penjaring gol ini adalah Diego Farias yang kini bermain di Cagliari. Gol ini berlaku ketika saingan Serie B.

9. Silvio Proto (Anderlecht)

Ketika Silvio Proto bermain di Anderlecht, salah satu trademark beliau adalah hantaran-hantaran beliau kepada pemain sayap kirinya, Frank Acheampong untuk memulakan serangan balas. Ada 2 contoh yang boleh anda lihat di bawah:

i. Melalui balingan

ii. Melalui sepakan gol

8. Ederson (Benfica)

Video assist Ederson kepada gol Raul Jimenez ketika menentang Vitoria SC ini sudah menjadi testimoni hebat mengapa Pep Guardiola sanggup melabur besar untuk mendapatkan beliau.

Kekuatan kaki kirinya cukup mengagumkan. Bukan mudah untuk menghasilkan sepakan gol setepat dan sejauh itu.

7. Darren Randolph (Republik Ireland)

Hantaran jauh penjaga gol West Ham ini mengejutkan barisan pertahanan Jerman yang langsung tak menyangka. Ini membenarkan Shane Long untuk menjaringkan gol ikonik bagi Republik Ireland ini.

6. Rene Adler (Hamburg SV)

Ia bukanlah assist yang tercantik. Tetapi teknik sepakan gol yang baik ini membolehkan penyerang Hamburg, Bobby Wood menjaringkan gol penting ketika menentang Ingolstadt.

5. Manuel Neuer (Jerman)

Oh England. Entah bagaimana sepakan gol Neuer boleh melepasi keseluruhan bentang England dan menemui Miroslav Klose – ia masih menjadi tanda tanya. Tetapi apa yang pasti, 10/10 markah untuk teknik sepakan gol Neuer.

4. Lukasz Fabianski (Swansea)

Ketinggalan 0-1, Lukasz Fabianski menghantar sepakan golnya terus ke ruang di hadapan Andre Ayew. Penyerang Ghana tersebut ‘menari’ di depan 2 pertahanan sebelum menjaringkan gol.

3. Rob Elliot (Newcastle United)

Bermain dalam debut senior Premiership menentang Southampton, Rob Elliot menyerlah apabila mengambil sepakan percuma pantas yang disudahkan dengan cemerlang oleh Papiss Cisse.

2. Jordan Pickford (England Bawah-21)

Penyokong Sunderland tahu betapa bagusnya teknik sepakan dan hantaran Jordan Pickford. Contoh terbaik untuk menyokong fakta ini adalah assist beliau kepada Nathan Redmond ketika menentang Kazakhstan Bawah-21.

1. Pepe Reina (Liverpool)

Agak sayang juga apabila falsafah bola sepak Maurizio Sarri di Napoli langsung tidak menggunakan kebolehan Pepe Reina yang menyepak bola setepat laser. Buktinya ketika di Liverpool, Reina telah melakukannya ketika:

i. Menentang Fulham (gol untuk Fernando Torres)

ii. Menentang Aston Villa (gol untuk Albert Riera)

Assist daripada penjaga gol mana yang menjadi kegemaran anda? Mengapa? Beritahu kami di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN